Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Aktiviti ekonomi dan penjanaan haba di beberapa lokasi terpilih di Kuala Lumpur

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Shaharuddin Ahmad | Noraziah Ali

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 5 (special issue);
Start page: 202;
Date: 2011;
Original page

Keywords: beban haba | intensiti pulau haba bandar | kawasan hijau | kawasan perniagaan | kawasan lapang | kelembapan bandingan

ABSTRACT
Aktiviti harian penduduk di bandar raya seperti di pejabat, pasar malam, gerai di tepi jalan, kompleks perniagaan, kawasan pelancongan, trafik dan sebagainya memberi impak kepada alam sekitar fizikal. Peningkatan suhu harian dijangkakan berlaku di persekitaran Kuala Lumpur. Sehubungan itu, kajian ini cuba menganalisis fenomena sama di empat kawasan popular aktiviti manusia di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan fokus adalah kawasan perniagaan di China Town (Jalan Petaling) dan dibandingkan dengan Kampong Baru, Little India dan kawasan hijau Bukit Nenas. Data suhu, kelembapan bandingan dan halaju angin dicerap untuk dua hari antara jam 20:00-23:00 dengan menggunakan alat mini hygro thermo-anemometer Extech’s Model 45158. Hasil kajian mendapati kawasan perniagaan China Town (Jalan Petaling) merekodkan suhu 1.0C lebih tinggi berbanding dengan kawasan hijau dan lebih daripada 0.5C berbanding Kampong Baru dan Little India. Apabila dibandingkan dengan kawasan hijau, di dapati China Town mencatatkan kadar intensiti pulau haba bandar sekitar 1.0C. Keadaan ini berlaku disebabkan aktiviti perniagaan pada waktu malam di China Town, terutama memasak makan panas yang menjana beban haba persekitaran hingga meningkatnya suhu pada waktu malam. Tambahan lagi, kawasan China Town yang sempit dan ‘berlorong’ menjadikan kawasan ini lebih padat dan sesak dengan peniaga yang menjual barangan kering dan makanan panas. Secara perbandingan, kawasan Bukit Nenas bersifat kawasan hijau dan terbuka, Little India yang juga lebih terbuka dengan tumbuh-tumbuhan di sepanjang jalannya, sementara Kampong Baru secara relatifnya kurang sesak, sekalipun aktiviti perniagaan pada waktu malam tetap dijalankan. Keseluruhannya, penjanaan haba di Kuala Lumpur adalah akibat kesesakan penduduk dan aktiviti perniagaan yang menyediakan keperluan pembeli barangan dan pelanggan yang makan di luar.
Save time & money - Smart Internet Solutions      Why do you need a reservation system?