Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Analisis perkembangan tepubina di kawasan pertanian Pesisir Teluk Banten, Indonesia: Kajian kes di Kecamatan Kasemen, Kramatwatu dan Pontang

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Suprajaka | Ratnawati Yuni Suryandari | Taufik Hidayatullah

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 6;
Issue: 1;
Start page: 23;
Date: 2010;
Original page

Keywords: analisis GIS | geostatik | gunatanah bukan pertanian | kawasan binaan | kawasan penampan pertanian | pertukaran gunatanah pertanian

ABSTRACT
Perkembangan kawasan binaan di kawasan pesisir Indonesia telah menimbulkan persoalan ruang yang semakin kompleks, terutamanya berkait dengan masalah pertukaran gunatanah pertanian kepada gunatanah bukan pertanian. Pertukaran gunatanah pertanian utamanya berlaku pada tanah pertanian yang subur dan berpengairan baik. Ianya ditukar kepada petempatan, kawasan industri dan infrastruktur. Polisi kerajaan bagi mempertahankan tanah-tanah pertanian subur akan mudah tergugat apabila kadar pertukaran gunatanah pertanian kepada bukan pertanian semakin tinggi. Kertas kerja ini membincangkan keterpinggiran kawasan penampan pertanian di kawasan pesisir Teluk Banten akibat perkembangan kawasan binaan. Kajian ini meliputi teknik-teknik analisis spasial yang terintegrasi dengan sistem informasi geografis di mana ianya boleh memberikan gambaran mengenai paras dan pola pertukaran gunatanah pertanian pada dua dekad ini, iaitu antara tahun 1970-2008. Pada peringkat ini, kajian bertumpu kepada analisis data spasial yang telah tersedia iaitu data AMS, JOG, RBI94, dan peta litupan tanah tahun 2003. Data spasial tersebut divalidasi dengan menggunakan data hasil interpreasi citra Path/Row:131/064 dengan tahun perekaman sebagai berikut; Citra LANDSAT tahun 1976, Citra LANDSAT 5 TM tahun 1995, Citra LANDSAT 7 ETM+ tahun 2000. Visualisasi hasil analisis dengan menggunakan peta Topografi/Peta RBI (Rupa Bumi Indonesia) BAKOSURTANAL dan peta pentadbiran Kabupaten Serang, khasnya di tiga kecamatan kawasan pesisir.
Why do you need a reservation system?      Affiliate Program