Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Analisis taburan hujan dan impaknya kepada sumber air di Pulau Pinang

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani | Main Rindam

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 1;
Start page: 65;
Date: 2011;
Original page

Keywords: kitaran air | perubahan iklim | pengurusan air | pola taburan hujan | punca air | tumpuan hujan

ABSTRACT
Kajian dan analisis taburan hujan tahunan dan bulanan ini adalah bertujuan untuk melihat tren atau pola taburan hujan berdasarkan perubahan iklim dan musim di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Selain itu, hasil kajian boleh digunakan dalam merangka pengurusan kepada penggunaan air di Pulau Pinang bagi mengenalpasti sumber air dan kitarannya. Rekod taburan hujan kawasan kajian daripada lima buah stesen Jabatan Pengairan dan Saliran selama sepuluh tahun (2001 hingga 2010) telah dikumpulkan dan dianalisis mengikut jumlah hujan tahunan dan bulanan. Perbandingan telah dibuat berdasarkan skala ruangan dan skala masa. Analisis perubahan pola tumpuan jumlah hujan telah menunjukkan bahawa majoriti tahun mempunyai tumpuan jumlah hujan di bahagian utara dan barat laut kawasan kajian (tahun 2001 hingga 2002, 2006 hingga 2009). Manakala pada tahun 2003 hingga 2005, dan 2010 tumpuan hujan beralih ke kawasan timur laut dan timur. Seterusnya, hasil daripada analisis taburan hujan tahunan mengikut skala masa pula mendapati bahawa semua stesen telah menunjukkan perubahan menaik dari segi jumlah hujan daripada tahun 2001 hingga 2010 kecuali stesen Kolam Bersih.
Why do you need a reservation system?      Affiliate Program