Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: Kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (An analysis of landslide level using the ROM scale: The case of the Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi campus)

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Mokhtar Jaafar | Abdul Halim Yusof | Asiah Yahaya

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 3;
Start page: 45;
Date: 2011;
Original page

Keywords: cerun bermasalah | proses geomorfologi | runtuhan tanah | skala ROM | tekstur tanih | tindakan mitigasi (geomorphology process | landslide | mitigation measures | problematic slopes | ROM scale | soil texture)

ABSTRACT
Runtuhan tanah merupakan suatu proses geomorfologi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika. Sehubungan itu, satu kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap kebolehruntuhan tanah di cerun-cerun bermasalah di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 12 lokasi cerun bermasalah terlibat dalam kajian ini. Skala ROM digunakan sebagai asas dalam menentukan tahap kebolehruntuhan tanah cerun bermasalah di kampus UKM, Bangi. Hasil kajian menunjukkan empat (P3, P6, P8 dan P9) lokasi cerun mempunyai tahap kebolehruntuhan tanah yang Kritikal, tiga (P4, P6 dan P7) dikategorikan sebagai Tinggi, tiga lagi Sederhana (P2, P5 dan P12) dan dua (P1 dan P11) sebagai Rendah. Komposisi tekstur tanih yang didominasi oleh pasir dan kelodak didapati sangat mempengaruhi tahap kebolehruntuhan tanah di setiap lokasi persampelan. Sehubungan itu, beberapa cerun bermasalah di sekitar kawasan kampus yang belum dimitigasi perlu dipulihkan segera bagi mengelak kemungkinan kejadian runtuhan tanah berskala besar daripada berlaku pada masa hadapan (Landslide is a common geomorphological process in the tropic area and managing it is a constant challenge. To understand further the nature of this challenge, a study has been conducted to determine landslide levels at 12 problematic slope locations around the Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. A ROM Scale was used as a reference in determining the landslide level at the problematic slopes. The results showed that four (P3, P6, P8 and P9) slope locations could be categorised under critical level, three (P4, P6 and P7) under high, three (P2, P5 dan P12) under moderate, and two (P1 and P11) under low. The composition of soil texture was dominated by sand and silts which significantly influenced the level of the landslide at each sampling location. This means that several problematic slopes that have not yet been mitigated around the campus should be immediately rehabilitated to avoid any possibility of large scale landslide occurrence in the future).
Why do you need a reservation system?      Affiliate Program