Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Bandar berdaya saing vis-a-vis pembangunan bandar lestari: Suatu wacana tentang pembangunan bandar di Malaysia

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Fatimah Yusof | Katiman Rostam | Zikri Muhammad

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 4;
Issue: 1;
Start page: 85;
Date: 2008;
VIEW PDF   PDF DOWNLOAD PDF   Download PDF Original page

Keywords: daya saing bandar | kebolehunian bandar | kelestarian bandar | pembangunan bandar lestari | perancangan dan pengurusan bandar | pihak berkuasa tempatan

ABSTRACT
Pada masa ini konsep pembangunan bandar lestari yang menggabungkan di dalamnya idea kebolehunian bandar, adalah salah satu isu dalam pengurusan bandar. Namun dengan kemunculan pengaruh globalisasi ekonomi, usaha untuk membangunkan bandar lestari menghadapi cabaran baru. Pada masa ini bandar tidak hanya mesti dilihat sebagai maju secara lestari dan boleh dihuni tetapi juga berdaya saing sehingga mampu menarik pelaburan asing, terutamanya pelaburan langsung asing. Pihak berkuasa tempatan bandar kini tidak hanya terpaksa bersusah-payah untuk mencapai objektif pembangunan bandar lestari tetapi juga amat tertekan untuk mewujudkan iklim yang kondusif supaya berdaya saing dan sesuai untuk pelaburan ekonomi khususnya dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Kedua-dua konsep tersebut sebenarnya tidak sepenuhnya sekufu tetapi kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kedua-dua konsep berkenaan dengan memberi penekanan kepada perbezaan dan persamaan selain menjuruskan penjelasan kepada beberapa elemen yang sepunya yang sesuai diterapkan dalam bidang pengurusan bandar. Ia merumuskan bahawa walau pun hubungan tersebut tidak keseluruhannya songsang tetapi wujud ketakserasian yang ketara antara kedua pendekatan tersebut. Ketakserasian matlamat dan impak antara kedua pendekatan tersebut boleh menimbulkan konflik dalam proses perancangan bandar kerana keduanya didorong oleh motif yang berbeza. Suatu pendekatan yang lebih pragmatik perlu dibentuk untuk memastikan matlamat kedua-dua pendekatan pembangunan bandar tersebut dapat dicapai. Dalam hal ini peranan PBT sangat kritikal.
Why do you need a reservation system?      Save time & money - Smart Internet Solutions