Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Civil disobedience dalam kalangan pengundi Cina di Malaysia

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Suhana Saad1, | Kartini Aboo Talib@Khalid2

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 5 (special issue);
Start page: 55;
Date: 2011;
Original page

Keywords: Cina | civil disobedience | Democratic Action Party | etnik | pengundi | pilihan raya

ABSTRACT
Malaysia adalah sebuah negara multi-etnik. Parti-parti politik yang ditubuhkan juga cenderung mengikut identiti etnik masing-masing. Misalnya Barisan Nasional (BN) merupakan parti pemerintah yang cenderung berasaskan etnik dan terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili kaum Melayu, Malaysian Chinese Associasion (MCA) yang mewakili etnik Cina dan Malaysian Indian Congress (MIC) yang mewakili etnik India begitu juga dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang menjadi komponen BN cenderung berasaskan etnik masing-masing. Bagaimanapun, selepas pilihan raya 2008, berlaku peralihan dalam tren pengundian bagi ketiga-tiga etnik iaitu Melayu telah berpaling daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), India daripada Malaysian Indian Congress (MIC) begitu juga dengan Cina yang berpaling daripada Malaysian Chinese Organisation (MCA) dan Gerakan. Keputusan pilihan raya umum menjelaskan tentang fenomena civil disobedience yang merujuk kepada bantahan atau protes rakyat terhadap beberapa isu dan dasar yang dikaitkan dengan kerajaan seperti politik, ekonomi, pendidikan, etnik dan agama. Rentetan daripada gelombang civil disobedience tersebut, pengundi Cina yang rata-ratanya menghuni kawasan bandar telah beralih menyokong pembangkang terumanya Democratic Action Party (DAP) yang terkenal sebagai sebuah parti cauvinis Cina. Persoalannya apakah pola ini akan berkekalan dalam kalangan pengundi bandar? Kertas ini bertujuan untuk meneliti pencapaian parti politik Cina terutamanya DAP sejak pilihan raya 2008 dengan memberikan fokus terhadap pola pengundian di dua buah negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur serta perkembangan terkini dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011.
Save time & money - Smart Internet Solutions      Why do you need a reservation system?