Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Penentu deposit dalam sistem perbankan Islam di Malaysia

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Shim Man Kit

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 2;
Start page: 65;
Date: 2011;
Original page

Keywords: deposit permintaan | kadar pulangan deposit | kadar faedah | pendeposit | Sistem Perbankan Islam | Wadiah

ABSTRACT
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi deposit permintaan dalam sistem perbankan Islam (SPI) di Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan ujian kointegrasi dan Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) untuk melihat kesignifikan pembolehubah dengan permintaan deposit. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara permintaan deposit dengan kadar pulangan deposit perbankan Islam, kadar faedah deposit tabungan bank perdagangan, kadar inflasi serta output negara. Dalam kepesatan pembangunan dunia kewangan, perbankan Islam dimestikan berinovasi dalam satu set teknik untuk memobilisasi deposit, memberi keutamaan dan pilihan utama risiko pelbagai kategori pendeposit. Semua keuntungan deposit dalam perbankan Islam termasuk deposit tabungan di mana bank memberi kemudahan keselamatan percuma, harus diterima pada dasar perkongsian laba dan rugi. Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pendeposit harus dipersetujui pada saat pembukaan akaun dan sesuai dengan hukum Syariah di mana kedua-dua pihak bersetuju pada nisbah keuntungan yang berbeza daripada nisbah modal tetapi kerugian perlu dikongsi mengikut nisbah modal. Perbankan Islam dikatakan unik dari segi produk perkhidmatannya. Misalnya, dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjana dan pemegang amanah dana. Pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank akan menjamin pembayaran balik kesemua atau sebahagian daripada amaun apabila diminta oleh pendeposit. Pendeposit mungkin akan diberikan ‘hibah’ atas budi bicara bank sebagai satu bentuk penghargaan. Selain Wadiah, terdapat juga produk seperti Murabahah, Mudarabah dan sebagainya. Perbankan Islam di Malaysia mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan mempunyai populasi penduduk Muslim yang ramai.
Save time & money - Smart Internet Solutions      Why do you need a reservation system?