Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Mohd Fuad Mat Jali | Junaidi Awang Besar | Abdul Halim Sidek | Noor Aziah Hj. Mohd Awal3

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 5 (special issue);
Start page: 105;
Date: 2011;
Original page

Keywords: 1 Malaysia | calon pilihanraya | Dewan Undangan Negeri | penyertaan politik | pilihanraya kecil | tanggapan politik belia

ABSTRACT
Kematian penyandang kerusi DUN Bagan Pinang, Azman Mohd Nor dari BN menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan pada 11 Oktober 2009. Ia merupakan kali kelapan BN dan pakatan pembangkang bertarung serta menguji sokongan di kalangan pengundi muda (belia). Sehubungan itu, adalah tujuan kertas kerja ini untuk menganalisis sokongan terhadap calon yang bertanding dan persepsi serta pola politik semasa belia. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian, dapatan kajian menunjukkan 88 peratus belia di kawasan ini mendapat sumber maklumat politik daripada televisyen. Dari segi kriteria pemilihan calon pula, 76 peratus responden menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat dan mereka akan memilih calon tempatan sebagai wakil mereka. Parti yang memperjuangkan isu pembangunan dan kemiskinan menjadi pilihan utama mereka dan berpendapat parti politik tidak boleh menyentuh isu peribadi semasa berkempen. Hasil kajian juga mendapati bahawa konsep “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasi oleh belia. Majoriti responden menyokong polisi dan kepemimpinan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam menerajui pembangunan negara. 66.6 peratus daripada mereka berpandangan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk wakil rakyat dan menteri akan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan. Majoriti daripada belia menyatakan akan memilih calon bekas Menteri Besar (Tan Sri Mohd Isa Samad) walaupun beliau dikaitkan dengan kesalahan disiplin parti dan mereka menjangkakan BN akan mengekalkan kemenangan di DUN Bagan Pinang.
Affiliate Program      Why do you need a reservation system?