Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

Politik etnik Malaysia: Analisis pasca Pilihan Raya Umum ke 12 mengenai sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan PAS

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Amer Saifude Ghazali | Mohammad Redzuan Othman | Zulkanain Abdul Rahman | Rosmadi Fauzi

Journal: Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
ISSN 2180-2491

Volume: 7;
Issue: 2;
Start page: 18;
Date: 2011;
Original page

Keywords: analisis korelasi | analisis regrasi | geografi pilihan raya | kelakuan pilihan raya | politik etnik | politik Malaysia

ABSTRACT
Dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS dilihat sebagai memperjuangkan kepentingan Melayu namun PAS juga memberi keutamaan kepada Islam. Etnik Melayu menjadi sumber utama kepada sokongan yang diperolehi oleh kedua-dua parti ini. Namun begitu, UMNO dan PAS juga perlu mendapat sokongan yang signifikan daripada etnik bukan Melayu untuk mencapai kemenangan yang lebih besar. Kertas ini meneliti kenyataan ini dengan menganalisis keputusan pilihan raya umum ke 12 dan mengemukakan kajian terkini berkenaan perkara tersebut. Dengan menggunakan teknik analisis korelasi dan regrasi, hasil penelitian menunjukkan bahawa pengundi Cina dan India telah memberikan sokongan penuh kepada calon pembangkang tanpa mengira etnik calon tersebut walaupun calon parti pembangkang adalah Melayu. Namun parti pembangkang tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada etnik Melayu. Hubungan signifikan yang negatif membawa pengertian semakin ramai etnik Melayu dalam sesebuah kawasan maka sokongan kepada pembangkang semakin merosot. Kesimpulannya ialah suatu konundrum: UMNO dan PAS masih bergantung kepada sokongan etnik Melayu berbanding etnik lain dalam pilihan raya ; namun peminggiran etnik lain, jika dilakukan, akan tutut menjejaskan prestasi mereka.
Why do you need a reservation system?      Affiliate Program