Academic Journals Database
Disseminating quality controlled scientific knowledge

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA DI NEGERI SARAWAK

ADD TO MY LIST
 
Author(s): Zamri Mahamod | Celinea anak Lasan | Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff

Journal: ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
ISSN 1985-5826

Volume: 1;
Issue: 1;
Start page: 8;
Date: 2009;
VIEW PDF   PDF DOWNLOAD PDF   Download PDF Original page

Keywords: Pendekatan pengajaran | Perkaedahan pengajaran | Sukatan pelajaran | Bahan

ABSTRACT
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang belajar di negeri Sarawak tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan tenaga pengajar di IPTS yang dikaji. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pendekatan pengajaran, perkaedahan pengajaran, sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan penilaian pengajaran dalampembelajaran Bahasa Melayu. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 218 orang pelajar tempatan yang terdiri daripada pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang sedang mengikuti kursus Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Statistik inferensi digunakan untuk melihat perbezaan min persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signiÞkan dari segi min persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pendekatan pengajaran, sukatan pelajaran dan bahan pengajaran yangdigunakan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signiÞkan dari segi min persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap perkaedahan pengajaran dan penilaianpengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak.pengajaran, Penilaian pengajaran, Institut Pengajian Tinggi SwastaThe purpose of this study is to investigate the perceptions of students at Private Higher Learning Institution (PHLI) in Sarawak on the teaching of Malay Language by their academic staff. MorespeciÞcally, this study is meant to Þnd out the perceptions of Bumiputera and non-Bumiputera students on the teaching of Malay Language in light of its teaching approaches, methods andmaterials, syllabus and evaluation. Questionnaire is used as the instrument of this study in order to collect data. The sample of this study consist of 218 Bumiputera and non-Bumiputera studentswho are currently following the Malay Language courses in Sarawak’s PHLI. Statistical inference is used to show the min variation between Bumiputera and non-Bumiputera students perceptionon the teaching of the Malay Language that they receive. Result from t-test indicate that there are no signiÞcant differences between the perceptions of Bumiputera and non-Bumiputera studentswith reference to the teaching approaches, materials and syllabus in the teaching of the Malay Language courses. In contrast, however with regards to the methods and evaluation being used, result from the t-test show that there are signiÞcant differences between perception of Bumiputera and non-Bumiputera students in the teaching of the Malay Langugae courses at these PHLI in Sarawak.

Tango Jona
Tangokurs Rapperswil-Jona

    
RPA Switzerland

RPA Switzerland

Robotic process automation